Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Sunday 23 December 2012

Didikan Dalam Azan

*Bermula segalanya dengan KEBESARAN Tuhan,
*Disusuli pula dengan KEESAAN ALlah,
*Dipasakkan dengan KENABIAN Rasulullah s.a.w,
*Dikukuhkan dengan PENGABDIAN Manusiawi (Solah),
*Matlamat manusiawi adalah KEJAYAAN Dunia & Akhirat (Falah)
*Diakhiri riwayat manusiawi dgn KEBESARAN Tuhan,
*Dikhatamkan jiwa mereka dgn penyaksian KEESAAN Tauhid
inna ma’al ‘usri yusra  – sesungguhnya sesudah kesukaran ada kemudahan




Ilmu diperoleh daripada:
 http://cahayapurnama.com/didikan-dalam-azan/

Apa kaitan Azan dengan gelombang dunia.....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!, Ashadu an la ilaha illalah, Ashadu an la ilaha ilallah!,

Ashadu anna Muhammadar Rasulullah, Ashadu anna Muhammadar Rasulullah,
Hayya'ala-s-solah, Hayya'ala-s-solah!,Hayya' alal-falah!, Hayya' ala falah!,

Allahu Akhbar, Allahu akhbar!, La ilahaillaallah!.


Dengarlah azan itu sambil pejamkan mata mu dan kunci rapat mulut mu supaya tidak ada satu perkataan yang keluar. Rasakan apa kesannya. Bukankah seruan suci itu terasa seperti terus menikam ke jantung.

Azan memberi impak yang besar di dalam kehidupan manusia. Bahkan sesuatu yang cukup indah, sukar digambarkan dengan kata-kata. Banyak peristiwa yang berlaku disekeliling kita yang memperlihatkan azan itu satu yang ajaib dan indah. Antaranya kisah salah seorang mangsa yang terselamat dari bencana tsunami Acheh. Dia seorang diri dihanyutkan ombak besar. Ketika itu dia teringat pesanan ibunya supaya melaungkan azan jika ditimpa musibah. Lantas selesai azan dilaungkan, dia sudah terdampar di atas kapal besar yang dibawa hanyut hingga ke tengah-tengah bandar Aceh.

Bila menyentuh soal azan kebanyakan orang hanya tahu dua perkara iaitu azan adalah seruan penanda masuk waktu solat dan untuk bayi baru lahir. Seorang bayi yang baru dilahirkan diazankan untuk memasukkan pesanan tentang keagungan Allah. Tujuannya supaya bayi itu nanti faham apa saja di dalam hidup ini akan kembali kepada kebesaran Allah.

Azan yang dilaungkan oleh muazin bukan sekadar untuk menyeru solat tetapi bertindak sebagai penstabil gelombang dunia. Gelombang azan rendah sedangkan gelombang dunia tinggi. Jadi azan menstabilkan balik supaya dunia menjadi tempat yang selesa untuk dihuni.Andainya suatu masa nanti tidak ada lagi azan dilaungkan maka gelombang dunia ini akan menjadi semakin tinggi dan macam-macam akan berlaku.

Suatu masa dulu, kajian yang dilakukan mendapati semua pokok dan alam ini berada pada tahap gelombang alpha. Sebab itu apabila berada di kawasan yang dikelilingi pokok, kita akan merasa tenang.

Sekarang keadaan telah berubah apabila pokok-pokok sudah ditebang dan binatang banyak yang pupus menyebabkan manusia berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang stress. Sebab itulah setiap hari banyak orang yang stress.

Secara asasnya manusia mengeluarkan empat gelombang tanpa gagal setiap hari iaitu gelombang beta, alpha,theta dan delta. Sekarang keadaan sudah semakin jauh berubah. Dianggarkan hampir 90% populasi dunia berada dalam gelombang beta. Ia melibatkan gelombang stress, buntu dan segala perkara yang negatif.

Semua perkara ini berlaku kerana orang Islam tidak pernah faham. Allah menyayangi hambanya. Melalui azan, Allah kirimkan rasa sayangnya kerana azan itu terletak dalam gelombang theta iaitu gelombang makbul doa dan zon ketenangan. 
Aturannya begini, semua manusia berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang yang tinggi. Kemudian apabila masuk waktu solat, kita mengambil wuduk, masa itu gelombang turun ke alpha. Kemudian apabila azan, gelombang itu terus turun kepada gelombang theta. Sebab itulah kita digalakan solat tepat pada waktunya sewaktu gelombang theta supaya lebih khusyuk.

Ketika azan juga dikehendaki supaya jangan bercakap dan menghayatinya. Semua ini ada sebabnya. Ia ada kaitan dengan gelombang theta. Sebabnya, ketika badan berada dalam gelombang theta, tiga hormon penting iaitu melatonin, endrofin dan serotonin akan dirangsang keluar. Hormon inilah yang mempengaruhi tahap kesihatan mental dan fizikal manusia.

Azan adalah penyelesai banyak masalah dari penyakit luaran hinggalah rohani dan ketika menghadapi musibah.Sebab itu di dalam Islam apabila ditimpa musibah dianjurkan untuk ucapkan Innalillah... iaitu kembali kepada Allah atau pun azan. Ini kerana gelombang rendah mempunyai tenaga paling kuat.Orang yang sedang buntu fikirannya akan merasa tenang dan kuat jiwanya untuk menyelesaikan masalah. Azan itu meransang otak kanan dan menguatkan jiwa.

Akhirnya, Allah tidak berikan sesuatu itu termasuk azan dengan sia-sia. Ada hikmah di sebaliknya yang perlu dikaji dan ambil berat untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.


******
Artikel ini saya peroleh daripada : http://kemsresources.blogspot.com/2011/04/apa-kaitan-antara-azan-dan-gelombang.html

Saturday 15 December 2012

Terapi Azan





Setiap apa yang dijadikan Allah pasti ada rahsia. Sama ada kita tahu atau tidak disebalik yang tersirat ianya telah ada bersama seiring dengan wujudnya hukum alam ini. Di sini saya nak berkongsi satu terapi iaitu Terapi Azan yang simple dan senang tapi amat berkesan dalam menangani stress kehidupan yang sentiasa membelenggu kita. Dengan Terapi Azan ini hidup kita akan sentiasa tenang, ceria, segar dan gembira selalu dengan izin Allah.
Terapi Azan ini sesuai untuk semua golongan dari bayi, anak-anak kecil, pelajar hinggalah ke golongan dewasa. Sambil mengadap PC atau Laptop pun boleh kita buat terapi ini.
Caranya:-
1. Duduk di atas kerusi atau bersila dalam keadaan belakang anda tegak
2. Pejam mata, kosongkan tenangkan fikiran
3. Dengarkan azan ini sambil mengikutnya dalam hati hingga habis masih lagi dalam mata yang terpejam santai.
4. Setelah selesai azan (masih pejam mata) angkat kedua belah tangan dan berdoa kehadrat Allah (pintalah apa jua permintaan yang anda inginkan).
5. Selesai berdoa sapu tangan anda ke muka dari bawah ke atas dan buka mata anda perlahan-lahan dan rasakan kelainan satu rasa ketenangan dalam hidup anda.
* Jangan buka mata sebelum terapi habis dijalankan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Dapat Terapi Azan ni dari Ustaz Mizie semasa Program Mukhayyam UPKK 2012 di Masjid Negeri Kuantan.
Selamat mencuba…

Hebatnya .....Azan!!!

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.’

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1- 1/2 jam. Belum pun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di-Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India. Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di- Afghanistan dan Muscat.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus- putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Monday 10 December 2012

Uji kepintaran anda?

Pilih Jawapan yang betul dan tepat

Panggilan  ,    Jeritan,    1429 ,   100,   perantaraan .  perjalanan ,  Kalimah Syahadah,  Lafaz niat


1.  Azan dianggarkan berusia kira-kira ................................ tahun.

2.  Maksud 'an-nida'dalam menggambarkan seruan azan ialah .................................

3.  Azan adalah ....................................memohon rahmat dan berkat serta kekuatan.

4.  ............................................... yang terkandung dalam azan adalah tunjang ketauhidan umat Islam akan 
    kewujudan Allah.



*  Jawapan boleh anda perolehi sekiranya anda pergi kepada post "Azan: Sebuah kekuatan Ummah"

Saturday 8 December 2012