Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Wednesday 31 October 2012

Kelebihan Azan

 Sila Klik URL untuk mengetahui lebih lanjut berkaitannya

http://www.masjid.saujanautama.net/news.php?readmore=58

Kelebihan Doa di antara Azan & Iqamah

 


Jangka masa antara selepas azan dan sebelum iqamat perlu direbut dengan sebaik-baiknya untuk berdoa, kerana dijanjikan akan termakbul, insya ALLAH.



Kelebihan Doa di antara Azan dan Iqamat


Daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda, terjemahannya:

"Doa tidak ditolak di antara waktu azan dan iqamat."

Hadits Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi


Monday 29 October 2012

Sejarah Azan


Semua kejadian ada sejarahnya tersendiri.  
Begitu juga dengan Azan.  
Mari kongsi maklumat ini bersama saya.....


     Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun Pertama Hijrah.   Dalam 
sebuah hadis yang diriwayatakan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu 'Umar r.a " Pada mulanya ketika orang-orang Islam ber hijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan solat.  Ketika itu tidak ada orang yang menyeru untuk menunaikannya.  Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat berjemaah.
     Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan.  Ada yang mencadangakan agardikibarkan bendera sebagai atanda masuk waktu solat.  Ada yang mencadangkan supayaditiup serunai ataupun trompet dan ada  pula yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng.  Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Rasulullah kerana meniup serunai atau trompet atau membunyikan loceng adalah cara pemberitahuan sembahyang bagi masyarakat Yahudi dan Nasrani (Kristian).
     Umar   Al-Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan, "Telah datang waktu solat!" Usul ini diterima oleh Rasulullah tetapi baginda menukar lafaz  "Telah datang waktu solat!" kepada "Assolatu jami'ah!" yang bererti " marilah solat ber jemaah"
     Pada suatu malam Abdullah b Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk memberitahu solat dengan mengumandangkan  Allahu Akbar.....(dan seterusnya lafaz-lafaz azan).    Pada pagi harinya, beliau menemui Rasulullah dan baginda bersabda, "mimpimu  itu mimpi yang benar."   Nabi Muhammad memerintahkan Bilal b Rabah mengumandangkan azan tersebut.  Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar datang kepada Rasulullah dan menceritakan  pula bahawa beliau juga bermimpi seperti  Abdullah b. Zaid.
     Al-Bazzar meriwayatakan bahawa, "Rasulullah pada malam Israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ke tujuh.  Kemudian Jibril datang kepadanya, lalu  dia menjadi imam kepada ahli langit.  Antara mereka ialah Nabi Adam  a.s dan Nabi Nuh a.s, Allah menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi.

Sunday 21 October 2012

Syarat-Syarat Sah Azan

Mari berpantun bersama saya........
Sambil berpantun, cuba cari dan senaraikan syarat-syarat sah azan

Pergi ke kedai membeli pegaga
Pergi bersama anak Pak Nasa
Beragama Islam syarat pertama
Mumaiyyiz juga tidak dilupa

Kita dilahirkan pelbagai rupa
Pelbagai karenah juga rahsia
Namun lelaki pilihan utama
Azan sempurna diberkati Pencipta

Lafaz azan dialun-alunkan
Agar didengar oleh semua
Syarat sah azan  saya kemukakan
Tertib teratur itulah ia.

Bermain bola di Padang Jawa
Berhenti seketika tatkala azan
Berturutan di antara lafaz syarat seterusnya
Jangan lafaznya  dipisah-pisahkan

Jika berlagu perlu syahdunya
Agar menusuk ke lubuk hati mereka
Namun azan lain caranya
Nyaringkan suara agar kita tidak leka

Enam syarat sudah terpateri
Hanya tinggal syarat penghabisan
Masuk waktu  yang kita cari
Harap semua kekal  di fikiran

Senaraikan Syarat-Syarat Sah Azan
1).................................
2).................................
3).................................
4).................................
5).................................
6).................................
7).................................

*  Dapat jawapannya?




Friday 5 October 2012

Sunat-sunat Azan

Tahukah kamu apa perbuatan sunat semasa Azan?

lambat-lambat     qiblat     muka       Berdiri      tinggi      hadas    suara


1.  Orang  yang melakukan azan hendaklah mengadap.....................
2. ....................... ketika azan
3.   Melakukan azan di tempat yang ............................
4.  Orang yang melakukan  azan suci daripada  .............................dan najis.
5.  Melaungkan azan dengan ....................... yang tinggi
6.  Memalingkan .......................dan dada    ke arah kanan  ketika membaca  '  haiyya 'alas solah' dan           ke kiri ketika  membaca ' haiyya 'alal falah'
7.  Mengucapkan lafaz azan dengan  ....................................

***  Cuba jawab soalan di atas, mudah sahaja....selamat mencuba!!!!!

Wednesday 3 October 2012

Cara Azan yang betul dan sempurna

Dialog ......

Adib             :  Ustaz, boleh tak kita Azan sambil duduk?

Ustaz Sharul :  Mana boleh gitu....ada caranya!

Adib             :  Macamana tu ustaz? Boleh bagitau tak?

Ustaz Sharul :  Boleh dengan syarat dengar betul-betul apa yang ustaz akan
                      terangkan.


Emm....tak semua orang tahu bagaimana hendak mengalunkann Azan dengan betul dan sempurna. Mari sama-sama kita lihat....


Jom ikut saya...............

1)  Berwudhuk, MAKRUH Azan tanpa wudhuk

2)  Berdiri dan menghadap kiblat

3)  Meletakkan jari telunjuk di telinga

4)  Melaungkan Azan

Monday 1 October 2012

UJI MINDA

Mari bermain silangkata






1


4 B
2
L




  Y

3

   S








U






 5    
E
R


A








Z



















G

I


















Melintang

4.  Orang yang mulakan melaungkan Azaz ialah .......................... bin Rabah.

5.  Azan mula diamalkan oelah orang-orang Islam pada tahun ............................... Hijrah.



Menurun

1.  Azan mestilah dilaungkan dengan suara yang ....................................

2.  Nabi Muhammad mula diperlihat dan diperdengarkan dengan Azan ketika peristiwa .......................dan Mikraj

3.  ............................................. gelaran yang diberi untuk orang yang melaungkan Azan.

p/s  Kalau ragu-ragu dengan jawapan, anda boleh bertanya melalui 'chat box' atau tulis di ruangan komen!!!!


BANG?

Pernah dengar orang menyebut perkataan 'bang' ?  Mungkin era millenium ini jarang-jarang kita mendengarnya kecuali di beberapa kawasan pedalaman.  Tahukah kamu apa itu 'bang'?  'Bang' sama maksudnya dengan Azan.  Jadi, tahukah kamu apa makna Azan?
Teruskan bacaan untuk mengetahuinya......

Azan
Azan menyeru atau melaungkan lafaz-lafaz tertentu dengan suara yang nyaring untuk memberitahu masuknya waktu solat dan mengajak orang ramai solat secara berjemaah.

Orang yang melaungkan Azan kita sebut sebagai "MUAZZIN" atau dikenali juga sebagai "BILAL"

Azan mestilah dilaungkan dalam BAHASA ARAB.

Hukum Azan
Dalam Islam ada 5 jenis Hukum, jadi apakah hukum melaungkan Azan?

WAJIB   SUNAT   MAKRUH   HARAM    HARUS

Hukumnya sunat tetapi ada sedikit penambahan iaitu SUNAT MUAKKAD (sunat yang sangat dituntut untuk kita melaksanakannya)