Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Sunday 21 October 2012

Syarat-Syarat Sah Azan

Mari berpantun bersama saya........
Sambil berpantun, cuba cari dan senaraikan syarat-syarat sah azan

Pergi ke kedai membeli pegaga
Pergi bersama anak Pak Nasa
Beragama Islam syarat pertama
Mumaiyyiz juga tidak dilupa

Kita dilahirkan pelbagai rupa
Pelbagai karenah juga rahsia
Namun lelaki pilihan utama
Azan sempurna diberkati Pencipta

Lafaz azan dialun-alunkan
Agar didengar oleh semua
Syarat sah azan  saya kemukakan
Tertib teratur itulah ia.

Bermain bola di Padang Jawa
Berhenti seketika tatkala azan
Berturutan di antara lafaz syarat seterusnya
Jangan lafaznya  dipisah-pisahkan

Jika berlagu perlu syahdunya
Agar menusuk ke lubuk hati mereka
Namun azan lain caranya
Nyaringkan suara agar kita tidak leka

Enam syarat sudah terpateri
Hanya tinggal syarat penghabisan
Masuk waktu  yang kita cari
Harap semua kekal  di fikiran

Senaraikan Syarat-Syarat Sah Azan
1).................................
2).................................
3).................................
4).................................
5).................................
6).................................
7).................................

*  Dapat jawapannya?




No comments:

Post a Comment