Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Monday 29 October 2012

Sejarah Azan


Semua kejadian ada sejarahnya tersendiri.  
Begitu juga dengan Azan.  
Mari kongsi maklumat ini bersama saya.....


     Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun Pertama Hijrah.   Dalam 
sebuah hadis yang diriwayatakan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu 'Umar r.a " Pada mulanya ketika orang-orang Islam ber hijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan solat.  Ketika itu tidak ada orang yang menyeru untuk menunaikannya.  Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat berjemaah.
     Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan.  Ada yang mencadangakan agardikibarkan bendera sebagai atanda masuk waktu solat.  Ada yang mencadangkan supayaditiup serunai ataupun trompet dan ada  pula yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng.  Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Rasulullah kerana meniup serunai atau trompet atau membunyikan loceng adalah cara pemberitahuan sembahyang bagi masyarakat Yahudi dan Nasrani (Kristian).
     Umar   Al-Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan, "Telah datang waktu solat!" Usul ini diterima oleh Rasulullah tetapi baginda menukar lafaz  "Telah datang waktu solat!" kepada "Assolatu jami'ah!" yang bererti " marilah solat ber jemaah"
     Pada suatu malam Abdullah b Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk memberitahu solat dengan mengumandangkan  Allahu Akbar.....(dan seterusnya lafaz-lafaz azan).    Pada pagi harinya, beliau menemui Rasulullah dan baginda bersabda, "mimpimu  itu mimpi yang benar."   Nabi Muhammad memerintahkan Bilal b Rabah mengumandangkan azan tersebut.  Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar datang kepada Rasulullah dan menceritakan  pula bahawa beliau juga bermimpi seperti  Abdullah b. Zaid.
     Al-Bazzar meriwayatakan bahawa, "Rasulullah pada malam Israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ke tujuh.  Kemudian Jibril datang kepadanya, lalu  dia menjadi imam kepada ahli langit.  Antara mereka ialah Nabi Adam  a.s dan Nabi Nuh a.s, Allah menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Fasihah,
    Terima kasih masuk ke blog ustazah. Ustazah akan jawab di ruang ini ye. Dari dulu hinggalah sekarang memang orang-orang kafir terutama kristian akan membunyikan loceng untuk mereka bersembahyang. Bukan sahaja kristian, tetapi orang yang beragam hindu juga menggunakan loceng ketika mereka memuja dan bersembahyang. Oleh kerana itulah Nabi tidak menerima cadangan beberapa orang sahabat untuk menggunakan loceng kerana tidak mahu sama dengan cara agama lain sembahyang.

    ReplyDelete
  2. Suatu hari sedang saya membuka blog post sejarah azan, datang seorang kawan lalu menegur saya, "eh, kak ada ye sejarah azan?" So selepas itu dia membacanya dan katanya, hari ini baru saya tahu ada sejarah tentang azan. Alhamdulillah...bisik hati kecil saya

    ReplyDelete