Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Sunday 23 December 2012

Didikan Dalam Azan

*Bermula segalanya dengan KEBESARAN Tuhan,
*Disusuli pula dengan KEESAAN ALlah,
*Dipasakkan dengan KENABIAN Rasulullah s.a.w,
*Dikukuhkan dengan PENGABDIAN Manusiawi (Solah),
*Matlamat manusiawi adalah KEJAYAAN Dunia & Akhirat (Falah)
*Diakhiri riwayat manusiawi dgn KEBESARAN Tuhan,
*Dikhatamkan jiwa mereka dgn penyaksian KEESAAN Tauhid
inna ma’al ‘usri yusra  – sesungguhnya sesudah kesukaran ada kemudahan




Ilmu diperoleh daripada:
 http://cahayapurnama.com/didikan-dalam-azan/

Apa kaitan Azan dengan gelombang dunia.....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!, Ashadu an la ilaha illalah, Ashadu an la ilaha ilallah!,

Ashadu anna Muhammadar Rasulullah, Ashadu anna Muhammadar Rasulullah,
Hayya'ala-s-solah, Hayya'ala-s-solah!,Hayya' alal-falah!, Hayya' ala falah!,

Allahu Akhbar, Allahu akhbar!, La ilahaillaallah!.


Dengarlah azan itu sambil pejamkan mata mu dan kunci rapat mulut mu supaya tidak ada satu perkataan yang keluar. Rasakan apa kesannya. Bukankah seruan suci itu terasa seperti terus menikam ke jantung.

Azan memberi impak yang besar di dalam kehidupan manusia. Bahkan sesuatu yang cukup indah, sukar digambarkan dengan kata-kata. Banyak peristiwa yang berlaku disekeliling kita yang memperlihatkan azan itu satu yang ajaib dan indah. Antaranya kisah salah seorang mangsa yang terselamat dari bencana tsunami Acheh. Dia seorang diri dihanyutkan ombak besar. Ketika itu dia teringat pesanan ibunya supaya melaungkan azan jika ditimpa musibah. Lantas selesai azan dilaungkan, dia sudah terdampar di atas kapal besar yang dibawa hanyut hingga ke tengah-tengah bandar Aceh.

Bila menyentuh soal azan kebanyakan orang hanya tahu dua perkara iaitu azan adalah seruan penanda masuk waktu solat dan untuk bayi baru lahir. Seorang bayi yang baru dilahirkan diazankan untuk memasukkan pesanan tentang keagungan Allah. Tujuannya supaya bayi itu nanti faham apa saja di dalam hidup ini akan kembali kepada kebesaran Allah.

Azan yang dilaungkan oleh muazin bukan sekadar untuk menyeru solat tetapi bertindak sebagai penstabil gelombang dunia. Gelombang azan rendah sedangkan gelombang dunia tinggi. Jadi azan menstabilkan balik supaya dunia menjadi tempat yang selesa untuk dihuni.Andainya suatu masa nanti tidak ada lagi azan dilaungkan maka gelombang dunia ini akan menjadi semakin tinggi dan macam-macam akan berlaku.

Suatu masa dulu, kajian yang dilakukan mendapati semua pokok dan alam ini berada pada tahap gelombang alpha. Sebab itu apabila berada di kawasan yang dikelilingi pokok, kita akan merasa tenang.

Sekarang keadaan telah berubah apabila pokok-pokok sudah ditebang dan binatang banyak yang pupus menyebabkan manusia berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang stress. Sebab itulah setiap hari banyak orang yang stress.

Secara asasnya manusia mengeluarkan empat gelombang tanpa gagal setiap hari iaitu gelombang beta, alpha,theta dan delta. Sekarang keadaan sudah semakin jauh berubah. Dianggarkan hampir 90% populasi dunia berada dalam gelombang beta. Ia melibatkan gelombang stress, buntu dan segala perkara yang negatif.

Semua perkara ini berlaku kerana orang Islam tidak pernah faham. Allah menyayangi hambanya. Melalui azan, Allah kirimkan rasa sayangnya kerana azan itu terletak dalam gelombang theta iaitu gelombang makbul doa dan zon ketenangan. 
Aturannya begini, semua manusia berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang yang tinggi. Kemudian apabila masuk waktu solat, kita mengambil wuduk, masa itu gelombang turun ke alpha. Kemudian apabila azan, gelombang itu terus turun kepada gelombang theta. Sebab itulah kita digalakan solat tepat pada waktunya sewaktu gelombang theta supaya lebih khusyuk.

Ketika azan juga dikehendaki supaya jangan bercakap dan menghayatinya. Semua ini ada sebabnya. Ia ada kaitan dengan gelombang theta. Sebabnya, ketika badan berada dalam gelombang theta, tiga hormon penting iaitu melatonin, endrofin dan serotonin akan dirangsang keluar. Hormon inilah yang mempengaruhi tahap kesihatan mental dan fizikal manusia.

Azan adalah penyelesai banyak masalah dari penyakit luaran hinggalah rohani dan ketika menghadapi musibah.Sebab itu di dalam Islam apabila ditimpa musibah dianjurkan untuk ucapkan Innalillah... iaitu kembali kepada Allah atau pun azan. Ini kerana gelombang rendah mempunyai tenaga paling kuat.Orang yang sedang buntu fikirannya akan merasa tenang dan kuat jiwanya untuk menyelesaikan masalah. Azan itu meransang otak kanan dan menguatkan jiwa.

Akhirnya, Allah tidak berikan sesuatu itu termasuk azan dengan sia-sia. Ada hikmah di sebaliknya yang perlu dikaji dan ambil berat untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.


******
Artikel ini saya peroleh daripada : http://kemsresources.blogspot.com/2011/04/apa-kaitan-antara-azan-dan-gelombang.html

Saturday 15 December 2012

Terapi Azan





Setiap apa yang dijadikan Allah pasti ada rahsia. Sama ada kita tahu atau tidak disebalik yang tersirat ianya telah ada bersama seiring dengan wujudnya hukum alam ini. Di sini saya nak berkongsi satu terapi iaitu Terapi Azan yang simple dan senang tapi amat berkesan dalam menangani stress kehidupan yang sentiasa membelenggu kita. Dengan Terapi Azan ini hidup kita akan sentiasa tenang, ceria, segar dan gembira selalu dengan izin Allah.
Terapi Azan ini sesuai untuk semua golongan dari bayi, anak-anak kecil, pelajar hinggalah ke golongan dewasa. Sambil mengadap PC atau Laptop pun boleh kita buat terapi ini.
Caranya:-
1. Duduk di atas kerusi atau bersila dalam keadaan belakang anda tegak
2. Pejam mata, kosongkan tenangkan fikiran
3. Dengarkan azan ini sambil mengikutnya dalam hati hingga habis masih lagi dalam mata yang terpejam santai.
4. Setelah selesai azan (masih pejam mata) angkat kedua belah tangan dan berdoa kehadrat Allah (pintalah apa jua permintaan yang anda inginkan).
5. Selesai berdoa sapu tangan anda ke muka dari bawah ke atas dan buka mata anda perlahan-lahan dan rasakan kelainan satu rasa ketenangan dalam hidup anda.
* Jangan buka mata sebelum terapi habis dijalankan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Dapat Terapi Azan ni dari Ustaz Mizie semasa Program Mukhayyam UPKK 2012 di Masjid Negeri Kuantan.
Selamat mencuba…

Hebatnya .....Azan!!!

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.’

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1- 1/2 jam. Belum pun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di-Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India. Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di- Afghanistan dan Muscat.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus- putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Monday 10 December 2012

Uji kepintaran anda?

Pilih Jawapan yang betul dan tepat

Panggilan  ,    Jeritan,    1429 ,   100,   perantaraan .  perjalanan ,  Kalimah Syahadah,  Lafaz niat


1.  Azan dianggarkan berusia kira-kira ................................ tahun.

2.  Maksud 'an-nida'dalam menggambarkan seruan azan ialah .................................

3.  Azan adalah ....................................memohon rahmat dan berkat serta kekuatan.

4.  ............................................... yang terkandung dalam azan adalah tunjang ketauhidan umat Islam akan 
    kewujudan Allah.



*  Jawapan boleh anda perolehi sekiranya anda pergi kepada post "Azan: Sebuah kekuatan Ummah"

Saturday 8 December 2012

Thursday 29 November 2012

Perbezaan & Persamaan

Azan
Iqamah

Melaungkan lafaz tertentu
Melaungkan lafaz tertentu

Untuk memberitahu masuknya waktu solat dan mengajak orang bersolat jemaah
Untuk menyeru orang yang hadir supaya segera berdiri mengerjakan solat
Lafaz dalam bahasa Arab
Lafaz dalam bahasa Arab

Dengan suara yang nyaring
Dilakukan dengan cepat

Hukum sunat muakkad
Hukum sunat muakkad

Saturday 24 November 2012

Rehatkan Minda...

Cari 10 perkataan yang dibina berdasarkan rangkaikata yang diberi di bawah

L A U N G A N    A Z A N



A

L
A
N
G
I
P
N
D
L
O

P
N
J
O
K
H
L
M
A
L

I
G
U
A
J
A
G
O
G
N

G
A
L
B
F
L
 H
N
A
Q

H
U
A
K
E
U
A
C
E
G

M
A
N
D
W
G
X
F
Y
U

R
C
G
V
N
A
Y
I
G
N

Q
S
U
U
A
U
E
X
A
A

R
T
A
S
G
V
O
W
U
B

A
N
Z
T
A
I
N
U
L


Thursday 22 November 2012

Boleh jawab?


Tandakan _/ pada pernyataan yang betul dan tepat berkaitan Bilal b Rabah

Bil
Pernyataan


1.
Gelaran Bilalb Rabah ialah Bilal Habshi


2.
Bilal dilahirkan di Kota Madinah


3.
Bilal merupakan seorang hartawan dan dermawan yang banyak membantu mengembangkan Islam

4.
Bilal adalah antara muslim yang banyak menerima penyiksaan daripada orang-orang kafir

5.
Orang yang bertanggungjawab menyiksa Bilal ialah Umaiyyah b Khalaf

6.
Bilal telah dibeli dan dimerdekakan oleh Saidina Umar Al Khattab

Monday 19 November 2012

Kenali Orang Pertama Melaungkan Azan


Kelahiran dan Riwayat Hidup Bilal bin Rabah
Bilal bin Rabah atau dikenali juga sebagai Bilal Habashi dilahirkan di Kota Makkah sekitar tahun 43 sebelum Hijrah. Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Ibu beliau bernama Hamama yang berketurunan Abasyiah manakala ayah beliau bernama Rabah yang berketurunan Arab. Beliau merupakan seorang hamba kepada Amit bin Khalaf.

Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam. Beliau memeluk Islam di Syam dengan bantuan seorang sahabatnya iaitu al-Fadhil. Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas muka bumi ini iaitu Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar bin Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Al-Miqdad bin Al-Aswad.

Kesabaran dan ketabahan beliau menanggung penderitaan

Bilal merupakan salah seorang Muslim yang paling banyak menerima penyeksaan, kekejaman dan kengerian daripada golongan musyrikin. Sebahagian besar dari kalangan mereka yang memeluk Islam pada masa tersebut mempunyai keluarga tempat mereka berlindung dari kekejaman golongan musyrikin kecuali beliau, Ammar bin Yasir bersama-sama dengan bapa dan ibunya serta Suhaib. Faktor sedemikianlah yang menyebabkan mereka menjadi sasaran golongan musyrikin Quraisy untuk melepaskan geram mereka terhadap Islam.

Pada suatu hari berlaku peristiwa di mana apabila matahari tegak berdiri di tengah-tengah langit dan pasir Mekah panas membakar kerana cuaca terlalu panas, Umaiyyah bin Khalaf bersama-sama dengan sekumpulan golongan musyrikin menanggalkan pakaian Bilal, mereka memakaikannya dengan baju besi kemudian mereka menjemurnya di bawah panas terik cahaya matahari dalam keadaan pasir yang panas membakar serta mereka memukulnya dengan menggunakan cemeti sambil mereka memerintahkan Bilal supaya mencaci Nabi Muhammad s.a.w. Walau bagaimana hebat sekalipun penyeksaan yang mereka timpakan kepada Bilal namun Bilal tetap dengan pendiriannya di mana beliau tidak menyebut apa-apa kecuali perkataan yang bermaksud: Allah yang Maha Esa! Allah yang Maha Esa!

Apabila Umaiyyah bin Khalaf merasa putus asa menyeksa Bilal, Umaiyyah mengikat leher beliau dengan menggunakan tali yang besar kemudian menyerahkan kepada orang-orang yang bodoh dan kanak-kanak seterusnya dia meminta supaya mereka mengheretnya ke seluruh kawasan Kota Mekah dan mereka membawanya ke kawasan-kawasan yang berbatu sambil berlari.

Selepas peristiwa tersebut Abu Bakar r.a memerdekakan Bilal secara membelinya daripada Umaiyyah bin Khalaf dengan harga 9 tahil emas. Umaiyyah bin Khalaf sengaja menjualnya dengan harga yang mahal supaya Abu Bakar tidak mahu membelinya sedangkan di dalam hati dia berkata: "Sekiranya Abu Bakar tidak mahu membelinya dengan harga tersebut, aku tetap akan menjualnya walaupun dengan harga 1 tahil emas". Sebaliknya Abu Bakar juga berkata di dalam hatinya: "Sekiranya dia tidak mahu menjual dengan harga tersebut, aku tetap akan membelinya walaupun dengan harga 100 tahil emas".

Bilal bin Rabah r.a terlalu gembira dengan kemerdekaan tersebut kerana beliau dapat memulakan era kehidupan baru di dalam suasana kehidupan yang penuh dengan kebebasan yang tidak pernah dijanjikan kepadanya. Kemudian beliau berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan rombongan umat Islam yang berhijrah ke sana.

Kelebihan beliau

Bilal menjadi tukang azan Rasulullah ss.a.w sepanjang hidup beliau. Pernah berlaku suatu ketika semasa Rasulullah s.a.w wafat, Bilal mengumandangkan azan tetapi apabila sampai kepada perkataan yang bermaksud: Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah, Bilal menangis tersedu-sedu kemudian meminta daripada Abu Bakar r.a supaya mengecualikan beliau daripada azan kerana beliau tidak dapat lagi menanggung kesedihan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

Setelah itu Bilal pergi bersama-sama dengan delegasi dakwah pertama umat Islam kemudian beliau tinggal menetap di Darya (sebuah tempat berhampiran dengan Damsyik) sehinggalah Al-Faruq Umar bin Al-Khattab datang ke Damsyik dan meminta Bilal supaya mengumandangkan azan sekali lagi kerana Umar terlalu mengasihi dan menghormati beliau. Umar pernah berkata: "Abu Bakar adalah tuan kita dan beliau telah memerdekakan tuan kita," maksudnya ialah Bilal r.a.

Apabila Bilal mengumandangkan azan, Ummar dan seluruh para sahabat yang ada pada masa tersebut yang pernah mendengar suara azan tersebut pada zaman Rasulullah s.a.w terus menangis tersedu-sedu kerana mereka terlalu terkenangkan suara azan tersebutdan perasaan mereka terlalu tersentuh menyebabkan mereka semua menangis.

Kematian beliau

Bilal bin Rabah meninggal dunia setelah beliau mengalami sakit tenat di mana pada hari-hari tersebut beliau sering menyebut: "Besok kita akan bertemu dengan para kekasih Muhammad dan sahabat baginda.” Semoga Allah meredai beliau dan membalas segala jasa yang telah beliau berikan kepada Islam dengan balasan yang baik.



Thursday 15 November 2012

Perempuan Boleh Azan?


Berkata Ibnu Umar r.a  " Tak ada azan dan iqamat bagi perempuan."

Riwayat Baihaqi dengan sanad yang sah

Pendapat ini juga diikuti oleh Annas, Hasan, Ibnu Sirin, Nakh'i, Tsauri, Malik, Abu Tsaur dan ahli-ahli fikir 

yang lain.

Sementara Syafi'ei dan Ishak berpendapat:  Jika mereka azan dan qaamat maka tidak ada salahnya."

Dan diceritakan pula pendapat Ahmad: :Jika mereka lakukan tidak menjadi apa, sebaliknya jika tidak 

mereka, juga boleh.

Dan dari Aisyah, "Bahawa ia biasa azan, qamat dan memimpin wanita sebagai imam dalam, dan berdiri di 

tengah-tengah mereka

Monday 12 November 2012

Adakah Muazzin mesti Qamat?

Berkata Syafii:

" Bila seorang lelaki azan, saya lebih suka jika dia sendiri yang mengucapkan qamat."

Berkata pula Turmudzi:

" mengenai soal ini, menurut kebanyakan ahli, siapa yang azan, maka dialah yang qamat."



Maka kesimpulannya, baik muazzin mahupun orang lain, dibolehkan qamat.


*  Maklumat saya peroleh daripada, Buku Fikih Sunnah karangan Sayid Sabiq dan dialih bahasa oleh
    Mahyudin Syaf.  Diterbitkan oleh Victory Agencie, Kuala Lumpur.

Hal-hal yang HARUS diberi perhatian oleh seorang MUAZZIN

Disunatkan MUAZZIN mempunyai sifat-sifat seperti berikut:

1.  Hendaklah melaungkan azan hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah bukan bertujuan untuk menerima upah.

2.  Suci daripada hadas kecil ataupun hadas besar.

3.  Berdiri menghadap kiblat

4.  Menoleh ke sebelah kanan beserta kepala, dada dan lehernya ketika mengucapkan " Haiya alassolah" dan menoleh ke sebelah kiri ketika melafazkan " Haiya  alalfalah".

5.  Memasukkan kedua-dua anak jari ke dua-dua belah telinga.

6.  Mengeraskan suara atau meninggikan suara walaupun berada seorang diri di padang Sahara.

7.  Melambatkan bacaan azan dan memisahkan di antara tiap-tiap dua kalimah sengan berhenti seketika.

8.  Tidak berbicara sementara qamat.  Bercakap ketika azan dianggap makruh.

Sunday 4 November 2012

Minda Cerdas?

Anda pasti boleh jawab soalan yang bakal dikemukakan.....
Mudah sahaja.....

Soalan:

1.  Bilakah azan mula diamalkan oleh ornag Islam?

     A  Tahun Pertama Hijrah
     B  Tahun Kedua Hijrah
     C  Tahun Ketiga Hijrah

2.  Siapakah yang telah bermimpi tentang cara yang lebih baik untuk memberitahu masuknya waktu solat?

     A  Saidina Abu Bakar As-Siddiq
     B  Abdullah b Zaid
     C  Nabi Muhammad s.a.w

3.  Mengapakah Rasulullah tidak bersetuju dengan cadangan untuk membunyikan loceng bagi menandakan
     masuknya waktu solat?

     A  Tidak menarik
     B  Allah memerintahkan tidak menerima cadangan tersebut
     C  Tidak mahu sama dengan cara orang kafir

4.  Solat apakah lafaz azannya ada penambahan kalimah?

    A  Solat Zuhur
    B  Solat Maghrib
    C  Solat Subuh

5.  Di dalam doa selepas azan ada perkataan "wasilah".  Apakah maksud Wasilah?

    A  Kedudukan yang baik
    B  Tidak memungkiri janji
    C  Kemuliaan diri