Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Monday 1 October 2012

BANG?

Pernah dengar orang menyebut perkataan 'bang' ?  Mungkin era millenium ini jarang-jarang kita mendengarnya kecuali di beberapa kawasan pedalaman.  Tahukah kamu apa itu 'bang'?  'Bang' sama maksudnya dengan Azan.  Jadi, tahukah kamu apa makna Azan?
Teruskan bacaan untuk mengetahuinya......

Azan
Azan menyeru atau melaungkan lafaz-lafaz tertentu dengan suara yang nyaring untuk memberitahu masuknya waktu solat dan mengajak orang ramai solat secara berjemaah.

Orang yang melaungkan Azan kita sebut sebagai "MUAZZIN" atau dikenali juga sebagai "BILAL"

Azan mestilah dilaungkan dalam BAHASA ARAB.

Hukum Azan
Dalam Islam ada 5 jenis Hukum, jadi apakah hukum melaungkan Azan?

WAJIB   SUNAT   MAKRUH   HARAM    HARUS

Hukumnya sunat tetapi ada sedikit penambahan iaitu SUNAT MUAKKAD (sunat yang sangat dituntut untuk kita melaksanakannya)


1 comment:

  1. Afif,
    Kayu besar tu namanya beduk dan ada orang menyebutnya kerantung. Beduk atau kerantung ini digunakan oleh generasi nenek moyang kita sebagai salah satu cara untuk memberitahu masuknya waktu solat. Sekarang senang je...muazzin akan laungkan azan pada mikrofon!

    ReplyDelete